Tuesday 29 October 2013

Pertandingan Bahan Terbuang

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar semua?

Lama Umi tak update blog ni.

Umi nak kongsikan satu pengalaman yang Umi dan Walid lalui pada hari Ahad yang lepas bersamaan 27 Oktober 2013.

Umi dan Walid beserta anak- anak telah terpilih sebagai pemenang bagi Pertandingan Bahan Terbuang yang diadakan di MITC, Melaka.

Tadaa..

Inilah ciptaan Umi. 

TEKO AJAIBB!!


Umi rasa seronok dan terharu sebab ramai pengunjung yang datang mesti bergambar dengan hasil ciptaan Umi dan Walid.

Mereka kata unik sangat dan peserta- peserta yang lain hebat- hebat juga. :)








Haa. Yang ini pula, ciptaan Walid. 

Pokok... hmmm. Pokok Ajaib jugak lah!

Hehe..

Tak menang pun tak apa. 

Sagu hati pun jadilah.

Yang penting, Umi dan Walid mendapat kenangan yang tidak dapat dilupakan.





Alhamdulillah. 

Berkat doa dan sokongan anak- anak, Umi dan Walid yang hanya cuba- cuba nasib ni, terpilih jugak akhirnya. :)

Tapi Umi sedih sebab teko dan pokok ajaib kertas Umi dan Walid tu, pihak penganjur ambil untuk simpanan mereka.

Jadi Umi tak dapat simpan sebagai kenangan.

Jadi kepada anak- anak Umi di luar sana tu, yang masih menganggur atau tidak ada apa- apa pekerjaan, boleh la cuba- cuba nasib menyertai apa- apa pertandingan seperti ini.

Ada juga faedahnya.

Ada rezeki, boleh dapat juara. Dapat la sikit duit poket untuk berbelanja. :)

Ok.

Cukup sampai disini sahaja post Umi.

Moga segala pengkongsian yang dilakukan itu mendapat keredhaan dari Allah SWT.

Inshaa-Allah.

Wallahualam. 

No comments:

Post a Comment