Thursday 7 November 2013

Pokok Kertas Lagi !

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar semua?

Hari ini ada permintaan yang meminta Umi 'upload' koleksi- koleksi ciptaan Umi daripada kertas.

Jadi, Umi ingin berkongsi watak- watak kartun yang Umi cipta yang bertajuk "LagendOf Amina Ahmad".

Tadaa..

Haa.

Percaya tak boneka atas ni diperbuat daripada kertas??

Yang ini sepasang nelayan. 

Cuba tengok betul- betul.

Nelayan ini dapat ikan.

Hehe.



Yang ini pula, tengah- tengah tu watak utama.

Amina Ahmad!

Sebelah kanan pula, ibu kepada Amina.

Ibu dia tengah pikul kayu.

Dan yang terakhir sekali disebelah kiri pula ialah nenek kebayan yang bertongkat.

OK! 

Itu sahaja yang Umi nak kongsikan pada hari ini.

Teruskan mengikuti blog Umi

In Shaa Allah, Umi akan sentiasa 'update' blog Umi ni supaya tak bersawang. ^^

Hehe.

Semoga segala perkongsian yang dilakukan mendapat keredhaan daripada Allah SWT.

In Shaa Allah.

Wallahuam

 Sekian wassalam. 

^_______^

Bengkel Seni Kraf Kreatif di Dewan Nur, Jalan Junid, Muar Johor

Assalamualaikum...

Apa khabar semua?

Lama Umi tak update blog.

Umi sibuk siapkan alat- alatan untuk mengajar.

*** Khamis, 7 November 2013 ***

Umi dan walid gerak keluar dari rumah seawal 6.30 pagi 

dari melaka ke Pekan Muar..

Untuk Bengkel Seni Kraf Kreatif bersama Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga.

Ini gambar peserta-peserta yang mengikuti bengkel Umi dan Walid bersama YB Zaiton dan Ketua Wanita, Hajah Ramlah.


Haa.

Umi sibuk mengajar pokok pada peserta.

Ini pula gambar Walid yang sibuk mengeluarkan peralatan untuk mengajar.


Wah.

Siap ada banting lagi!!

Seronok Umi tengok.

hehe.

Inilah Dewan Nur Muar.

Tempat Umi dan Walid menjalankan Program Kraf Tangan.


Peserta- peserta sibuk siapkan kraftangan masing- masing.




Walid dapat cenderahati dari YB selepas tamat Program Kraf Tangan ni. :)


Haa.

Yang ini pula, Umi beri cenderhati pokok kepada YB Zaiton sebagai tanda kenangan.

Inilah dia gambar-gambar di Muar siang tadi..

Penat memang penat...

Tapi demi ilmu, umi dan walid gagahkan juga..

Sesiapa yang berminat untuk mengikuti Bengkel Kraf Tangan, boleh menghubungi 
Walid di talian 019-3665857.

Sekian.

Wassalam.

Sunday 3 November 2013

Hasil Sebelum Dicat

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar semua?

Hari ini Umi nak kongsikan gambar reka cipta Umi sebelum dicat dan dihias.










Haa. 

Yang semua ni, bakul dan ranting pokok.

Baru digam tapi belum cat.

Nantikan hasilnya ye!

Teruskan mengikuti blog Umi.

Moga setiap pengkongsian itu mendapat keredhaan daripada Allah SWT.

Inshaa-Allah.

Wallahualam.

Wasalam. :)