Thursday 31 October 2013

Bakul Bunga

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni post umi pendek je.

Umi nak kongsikan bakul buah yg Umi reka daripada surat khabar.

















OK.

Itu saja untuk hari ini.

Assalamualaikum. :)

Tuesday 29 October 2013

Projek yang belum Dicat

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini Umi nak tunjuk gambar hasil ciptaan Umi yang belum dicat.

Yang ni dibuat daripada botol minyak masak + surat khabar.

Macam mulut raksasa. Hehe.

Yang ni pula daripada balang kuih + surat khabar untuk dijadikan pasu bunga.



Yang bawah ni semua daripada botol air mineral  + surat khabar untuk dijadikan tempat letak pensil.











Dan akhir sekali, yg ni dibuat dari botol sos + surat khabar.



OK.

Itu sahaja untuk kali ini.

Umi juga ada buat kelas mengajar untuk subjek ini. Hehe.

Kepada yg berminat boleh tinggalkan komen ye. :)

Semoga pengkongsian yang dilakukan ini mendapat keredhaan dari Allah SWT.

Inshaa-Allah.

Wallahualam

Wassalam.

Pertandingan Bahan Terbuang

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar semua?

Lama Umi tak update blog ni.

Umi nak kongsikan satu pengalaman yang Umi dan Walid lalui pada hari Ahad yang lepas bersamaan 27 Oktober 2013.

Umi dan Walid beserta anak- anak telah terpilih sebagai pemenang bagi Pertandingan Bahan Terbuang yang diadakan di MITC, Melaka.

Tadaa..

Inilah ciptaan Umi. 

TEKO AJAIBB!!


Umi rasa seronok dan terharu sebab ramai pengunjung yang datang mesti bergambar dengan hasil ciptaan Umi dan Walid.

Mereka kata unik sangat dan peserta- peserta yang lain hebat- hebat juga. :)








Haa. Yang ini pula, ciptaan Walid. 

Pokok... hmmm. Pokok Ajaib jugak lah!

Hehe..

Tak menang pun tak apa. 

Sagu hati pun jadilah.

Yang penting, Umi dan Walid mendapat kenangan yang tidak dapat dilupakan.





Alhamdulillah. 

Berkat doa dan sokongan anak- anak, Umi dan Walid yang hanya cuba- cuba nasib ni, terpilih jugak akhirnya. :)

Tapi Umi sedih sebab teko dan pokok ajaib kertas Umi dan Walid tu, pihak penganjur ambil untuk simpanan mereka.

Jadi Umi tak dapat simpan sebagai kenangan.

Jadi kepada anak- anak Umi di luar sana tu, yang masih menganggur atau tidak ada apa- apa pekerjaan, boleh la cuba- cuba nasib menyertai apa- apa pertandingan seperti ini.

Ada juga faedahnya.

Ada rezeki, boleh dapat juara. Dapat la sikit duit poket untuk berbelanja. :)

Ok.

Cukup sampai disini sahaja post Umi.

Moga segala pengkongsian yang dilakukan itu mendapat keredhaan dari Allah SWT.

Inshaa-Allah.

Wallahualam. 

Friday 18 October 2013

Pokok Ajaib!

Assalamualaikum w.b.t. anak-anak Umi semua.

Apa khabar semua?

Sihat?

Hari ni Umi nak post kan gambar- gambar pokok bongsai kertas yang Umi cipta bersama Walid.

Jom cuci mata.

Jika berkenan untuk membeli, boleh menghubungi 019-3665857 (Hj.Syed).

Gambar atas ni mengenai perkampungan Hobit.




Yang ni pula ada patung dan rumah yang diperbuat daripada kertas untuk merealisasikan impian anak Umi yang suka menulis novel. Tajuknya ialah Amina Ahmad.



 Tadaa. 

Inilah pereka cipta bongsai kertas tersebut. 

Hehe.


Alhamdulillah.

Umi dan Walid berasa berpuas hati kerana dapat menyiapkan replika pokok kertas untuk anak Umi.

Ok.

Itu sahaja untuk hari ni.

Senang2 lah ye simggah ke blog Umi.

Inshaa-Allah Umi akan sentiasa 'update' dan 'post' segala aktiviti Umi.

Jadi, sesiapa yang datang ke Melaka, singgah2 lah ye ke kedai Umi (Nur Al-Qhadri Uniq Furnitures) di Bandar Baru Sungai Udang yang berhampiran dengan penjara.

Semoga segala pengkongsian yang Umi lakukan di alam maya ini mendapat keredhaan dari Allah SWT.

Inshaa-Allah.

Wallahualam.

Sekian. 

Wassalam. ^^

Tuesday 15 October 2013

UMI AND WALID ON YOUTUBE...


Assalamulaikum semua...
Alhamdulillah, berkat berkali - kali cuba, akhirnya umi berjaya juga uploadkan video pokok bongsai daripada surat khabar yang dihasilkan oleh umi dan walid ( suami ).  Idea ini adalah idea kreatif khas dari umi n walid.  Jom sama - sama menonton video umi ini.  Kalau berminat untuk beli atau belajar, boleh call di talian yang tertera di akhir video.  Jangan lupa komen sekali ye..  :-)

Kreatif dengan Surat Khabar Lama

Assalamualaikum semua..

Selamat hari raya umi ucapkan..

Harini terasa nak berkongsi kreativiti dari hasil surat khabar lama..

Jom tengok sampai habis..


Cantik tak ??

Cantik tak ??

Cantik tak ??

Macam tak percaya je kan produk ini terhasil dari surat khabar lama + botol minyak masak 


Ini mulut raksasa...

HEHE...

Umi bergurau je..

Ini pula hasil produk umi juga dari botol minyak masak dan surat khabar lama...


Ini tempat letak pensil..

Umi hiaskan dengan bunga untuk mencantikkan lagi hasil kreatif dari bahan terbuang ni..

Itu sahaja untuk malam sebagai hadiah hari raya korban dari umi...

Terima kasih... :)

Oh yee.... umi nak jugak promote anak umi yg ke-3 ni..

Dia penulis...

Dan ada blog sendiri..

Jom tengok dan baca hasil karya anak umi di sini 


Rajin rajin singgah, rajin-rajin komen, rajin-rajin cuci mata di sini.. 

Itu sahaja..

Selamat malam