Wednesday 17 April 2013

Kraftangan Daripada Botol- Botol Mineral dan Botol Minyak Masak

Assalamualaikum dan salam perkenalan semua.

Terlebih dahulu umi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi meluangkan masa seketika untuk  melawat blog Idea Kreatif Umi ini. Sebelum umi berkongsi idea dengan anda semua, izinkan umi terlebih dahulu untuk  memperkenalkan latar belakang umi.  

Nama diberi, Sharifah Asma Al-Mathdar. Umi merupakan  seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Sebelum berkahwin, Umi bekerja sebagai guru trangkas dan menaip di Yayasan Trangkas Sik (Malaysia) yang mana ia merupakan kelas yang dibuka oleh umi sendiri.  Namun begitu, selepas berkahwin, Umi terpaksa mengikuti suami berhijrah ke Melaka kerana beliau merupakan kakitangan kerajaan tetap di sana.   

       Oleh hal yang demikian, umi terpaksalah menutup kelas yayasan tersebut. Walaupun umi rasa sedih kerana kelas tersebut hanya mampu beroperasi  selama 3 tahun sahaja, akan tetapi umi tidak pernah merasa kesal.  Malah, umi rasa sangat bersyukur kerana telah dipertemukan dengan seorang suami yang baik, penyayang  dan sangat bertanggungjawab.  

         Alhamdulillah, berkat hasil sulaman cinta selama 26 tahun, umi dikurniakan 6 orang cahaya mata yang terdiri daripada lima orang puteri dan seorang putera.  Meskipun masa umi hanya di rumah, umi tidak pernah merasa bosan dan sunyi kerana idea umi tidak pernah kering dan lekang untuk menghasilkan kraftangan  kreatif  yang terdiri daripada  bahan - bahan terbuang.  Bagi diri umi, kita perlu bijak menghasilkan sesuatu produk tanpa mengeluarkan kos yang banyak  tetapi pulangan yang diperolehi menguntungkan dan memberi kepuasan pada diri....  :-)


CUBA ANDA TEKA APAKAH BAHAN YANG UMI GUNAKAN UNTUK MENGHASILKAN KRAFTANGAN DI BAWAH????
























Cuba teka ni daripada botol apa?  Nampak lain je dari yg tadi semua kan?
Hmm... 
Ni....
Botol.

.
........TWISTERRR.......
Gulp.. 
Tertelan air liur kejap.. hehe
Umi spray botol ni dengan colour keemasan dan dihiasi dengan bunga reben yg dibuat oleh Umi sendiri.. 
Cantik kan?
Nampak exclusive tak botol ni?
Mesti tak percayakan ni adalah botol terpakai apabila Umi dah gubahkan..?







Bunga ni diperbuat daripada kain perca. Hmm.. Banyak betul idea Umi kan..?  >.<













Botol ni, Umi anyam mengunakan benang bulu kambing dan dihiasi dengan reben dan juga butang. :)



Haa... cantik tak?
Untuk pengetahuan anda, kraf ini telah dihasilkan daripada botol mineral dan kertas pembalut hadiah terpakai.

No comments:

Post a Comment